Make your own free website on Tripod.com

LATIHAN KENDIRI

Soalan 1

 

Kilang  Keropok Reko mula beroperasi pada 1 Januari 2006 dengan modal tunai di bank RM 35 000.Maklumat perancangan kilang tersebut bagi 3 bulan berakhir 31 Mac 2006 adalah seperti berikut:

 

i)                    Anggaran jualan tunai:

 

 

RM

Januari

30 000

Februari

32 000

Mac

36 000

 

ii)                   Belian bahan mentah dilakukan 2 bulan sekali iaitu RM 12 000 bagi bulan Januari dan dikurangkan 10% bagi bulan Mac.

iii)                 Pada bulan Februari pengusaha kilang akan membeli mesin pengisar bernilai RM 6 500.

iv)                 Kilang menerima bantuan kewangan daripada Kementerian Pembangunan Usahawan sebanyak RM 10 000  pada bulan Mac.

v)                  Sewa kilang untuk 6 bulan pertama berjumlah RM 3 600 akan dibayar pada awal bulan Januari.

vi)                 Pada bulan Januari dan Februari kilang mempunyai 10 orang pekerja.Bilangan pekerja ditambahkan lagi seramai 5 orang pada bulan Mac.Gaji sebulan seorang pekerja ialah RM 300.

vii)               Belanja bulanan yang tidak berubah:

 

 

RM

Kadar bayaran

1 000

Belanja am

500

 

viii)              Pada bulan Mac kilang dijangka membayar insurans sebanyak RM 1 200.

 

Sediakan Belanjawan Tunai bagi 3 bulan berakhir 31 Mac 2006.

 

 

 

Soalan 2

 

Syarikat Sinar telah menyediakan anggaran kewangan bagi tiga bulan berakhir 31 Ogos 2006.Anggaran tersebut adalah seperti berikut:

 

i)                    Baki tunai pada 1 Jun 2006 adalah RM 24 000.

ii)                   Jualan tunai bagi bulan Jun berjumlah RM 50 000 dan dijangka akan berkurang pada tiap-tiap bulan sebanyak 10% daripada jualan bulan sebelumnya.

iii)                 Belian kredit bulan Jun dan Julai masing-masing berjumlah RM 25 000 dan RM 20 000.Tempoh kredit adalah sebulan.

iv)                 Pada bulan Julai syarikat menerima komisen sebanyak RM 1 800.

v)                  Pada bulan Ogos syarikat akan membeli komputer berharga RM 4 000.

vi)                 Belanja bulanan yang tidak berubah:

 

 

RM

Sewa

1 000

Kadar bayaran

800

Pelbagai belanja

300

 

vii)               Syarikat menjual perabot terpakai bernilai RM 3 200 pada bulan Julai.

 

Sediakan Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir 31 Ogos 2006.